♥ IWish.IHope.Ilove ♥
Follow ♥ Home ♥

aku tak selemah itu .
Thursday, April 21 | 10:26 PM | 11 comments
selamat malam. aku baru je lepas tenguk cerita Cyrus. ni cerita pasal anak dia da besau gedabak dah. tapi pepura perangai cam bebudak lagi. puihhhh, sebab dia takot bila mak dia kawen lain, mak dia tak amek port pasai dia dah. tak paham akuuuu. nasib baik la laki yang nak kawen ngan mak dia tu sabau nau. kalau aku laaa, penggal kepala kau baru tau.

weh takyah menggelabah cap ayam boleh? aku tau belog aku tak ada apa-apa yang menarik. kau tak suka tengok, tak payah tengok. aku tak paksa pon. better kau angkat kaki cagu kau tu and blaaaahh. tau mengomplen je. ape kau dapat kutuk kutuk orang? pahala banyak dah? pergh, kan da kena semboq tetiba.

sape makan cili padi, dia yang terasa pedaih..

okay malam ni punya cerita. tadi tuh selingan aje. semalam kot, aku tetiba dapat blackmail dari seseorang.

sila baca dengan nada berhemah tinggi.


tetttttt!! amek kau yaya. hehe kan dah kena TEGUR! tehehee, mekasye joo, yaya amek teguran awak sebagai sumber untuk yaya terus semangat nak pakai tudung :)

ye memang kat pesbuk tu, aku suka share macam macam video yang boleh naik segala bulu yang kau ada bila tengok kekuasaan Allah. dan, aku jugak memang suka mengingatkan sedara seislam aku supaya jangan lupa solat, bila aku dah dengar azan.

tapi aku tak pakai tudung... kan?

mesti korang, watdehel minah ni.. cakap macam baguihhh, diri sendiri tak tengokkkk -.-'

first aku nak cakap sini, ye aku tau aku tak pakai tudung, jalan kemana dengan kepala dongga aku nih. tapi tak bermaksud aku tak pakai tudung, aku tak terniat langsung kat kepala hotak aku ni nak pakai tudung.

aku sedar, ramai je yang dok perli-perli aku sebab aku tak pakai tudung. sini aku nak habaq kat hang, walaupon aku tak pakai tudung, tapi aku suka tengok orang buat persembahan nasyid haritu. at least aku pergi jugak tengok. salah ke, aku yang tak pakai tudung ni nak pergi tengok nasyid? tu pon dari jauh je aku tengok, sebab aku sedar. aku tak pakai tudung. dan aku tau. korang maki aku masa aku lalu depan korang. tapi seriyes aku cakap, aku tak kesah. korang datang sana memang untuk mengutuk orang tu macam mane orang ni macam mane.

sini aku nak bagitaw, memang telinga aku dah kebal bila orang dok maki-maki perli-perli. tapi, kau kalau nak  mengutuk pon cubalah kutuk secara pendidikan tinggi sikit. ini tak, kau buat aku nak gelak lagi adalah. aku ingat lagi, ade orang pernah kata macam ni kat aku...

"tengok tu, macam tu lah perempuan yang baik. pakai tudung je, sopan tengok. macam tu la orang islam"

aku tau. kau memang tuju ayat tu kat aku pon. sebab masa tu, aku sorang je yang tak pakai tudung. tapi aku nak tanye sikit boleh?

kenapa eh orang yang kau kata sopan baik je pakai tudung tu pegang-pegang tangan sambut valentine masa tu? ISLAM memang bagi eh sambut valentine?

sini aku nak cakap, aku tak kesah. kalau kau benci aku pasal aku tak pakai tudung. tapi kalau kau nak perli, berhemah lah sikit. ni tidak, bagi contoh yang tak sepatutnya dijadikan contoh. bukan kau tak nampak perempuan yang kau kata sopan tu pegang tangan dengan laki tu. siap bawak bunga sejambak gedabak ada tulis hepi valentine. siap main jalan jalan catwalk kat QB tu memalam buta, ape kes broo?

sini aku nak cakap, aku tak kesah. tapi kau nak perli. cermin muka kau yang tak hensem tu dulu.

memang, macam-macam aku terima tohmahan perlian makian, tapi aku diam je. sebab aku taknak sakitkan hati orang. hanya orang yang betul betul rapat dengan aku je tau mulut aku laser macam mana. tapi tak apa, kutuk lah selagi mulut korang boleh berkata-kata. aku tak kesah.

sini aku nak bagitaw, aku memang dah pasang niat nak pakai tudung selama-lamanya. no bukak-bukak. semester depan, insya-allah kalau umur aku panjang lagi, aku akan pakai tudung. aku cuma perlukan kawan yang boleh nasihat dan bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. bukan kawan yang hanya tahu mengomplen, mengutuk, mencaci penampilan aku sampai aku rasa, hinanya aku.

yeee, memang aku insan yang hina. AKU TAK SEMPURNA.

sini aku nak bagitahu, terima kasih dekat Norhazwani Khaidzir. sebab apa? sebab dia lah kawan yang aku rasa boleh bimbing aku. kau nak tau tak..

aku pernah cakap dengan dia macam ni

"wanii, nanti aku nak beli jeans yang koyak-koyak tu"

kau tau dia cakap apa?

"eishhh dayah ni, cubelah jangan beli yang tu. tak elok laa. mengade!"

aku pon gelak-gelak je, sebab aku main-main nak tengok respon dia macam mana. dia tak kutuk aku macam korang kutuk aku, tapi dia tegah aku dari buat mende yang tak elok. terima kasih wanie =')  sini aku nak cakap, aku nak pakai tudung dengan ikhlas. aku nak berubah sebab Allah. bukan sebab kau, kau, kau dan kau yang selalu mencaci aku. aku tak selemah tu.

sekian.


| Newer Post

Lady Boss



I write my own History


Wishlist

Get 3.80 CGPA [ ]
Hamster / Rabbit [ ]
Blackberry Curve 3G 9330 [ ]
Acoustic Guitar []
LOMO camera [ ]
My Own BlogShop [ ]
Lose some weight :D [ ]
Degree to Master/PhD [ ]
My Own Suzuki Swift [ ]
Lecturer wannabe [ ]
Marriage world at 27 :D [ ]
Paris, one day! [ ]
Sent Mama & Abah to Mecca [ ]


Well, these are my wishes and goals for my life. And yeah, I'm working on it! Insya-Allah one day my dreams will come true. Amin

Diaries

This is my thoughts and what I feel. Do respect mine as I respect yours. Thanks for reading



Fav Quotes

When my phone tells me my message has failed, itss probably to show that it was never meant to be sent. So why even retry.
I tell myself I won't continue to write about you but it gets harder and harder everyday.
A friend is the one who understand you past, believe in your future and accept you today as who you are.
When you tell me I Love You. I really hope you mean it, because i dont have time to play games with you, i have other plans in mind that i really want to do.
Don't cut the rope today that you're going to need to save yourself tomorrow.
Family is family whether it's the one that you start out with, the one that you end up with or the family you gain along the way.
Sometimes you can't see yourself clearly until you see yourself through the eyes of others