♥ IWish.IHope.Ilove ♥
Follow ♥ Home ♥

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Friday, December 30 | 1:39 AM | 4 comments

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising. Perempuan, stoking pon kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari, komfem tak tahan bertutup semua. Tapi perempuan cool je, tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Tiap tiap bulan, mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pon susah, and kalau boleh masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit. Cuba tengok budak lelaki, selamber je. Kadang kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh puluh tahun dgn penyakit tiap tiap bulan, survive je. Tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit. Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Hati ni Allah jadikan lembut betul, cepat je sensitif. Cuba tengok orang putus cinta, Selalu perempuan yang paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru. Cuba pergi wayang tengok cerita sedih, siapa yg paling teruk menangis? Perempuan kan? Lelaki boleh gelak gelak lagi. Lembut tak lembut hati perempuan, Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah. Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan. 

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan perempuan kat luar sana membebel. Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'. Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati. Kesian kan kat diorang? Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang. Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil.

Persoalannya sekarang, betul ke Allah tak adil dengan perempuan? Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa? Kalau bukan kaki ibunya. Betul, isteri kena ikut cakap suami. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya. Tak adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri, cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki, bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu. Masha Allah, hebatnya perempuan kan? Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.

Cuba dengar pula lagu yg berkumandang dekat radio, banyak lagu pasal perempuan kan? Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, jarang kita dengar lagu pasal lelaki. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya. Orang akan cakap: ''Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'' Kita tak pernah dengar orang cakap: ''Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'' Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu? Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga. Tengok hadis ni :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Oh perempuan, sedarlah. Betapa sayangnya Allah dekat kita. Betapa cintanya Allah dekat kita. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan. Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah. Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan? 

Wahai kaum Adam, hargailah wanita yg sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam, tegurlah Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu. Lindungilah dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi :)

Assalamualaikum dan Selamat malam.


Older Post

Lady Boss



I write my own History


Wishlist

Get 3.80 CGPA [ ]
Hamster / Rabbit [ ]
Blackberry Curve 3G 9330 [ ]
Acoustic Guitar []
LOMO camera [ ]
My Own BlogShop [ ]
Lose some weight :D [ ]
Degree to Master/PhD [ ]
My Own Suzuki Swift [ ]
Lecturer wannabe [ ]
Marriage world at 27 :D [ ]
Paris, one day! [ ]
Sent Mama & Abah to Mecca [ ]


Well, these are my wishes and goals for my life. And yeah, I'm working on it! Insya-Allah one day my dreams will come true. Amin

Diaries

This is my thoughts and what I feel. Do respect mine as I respect yours. Thanks for reading

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Truth .
aku tak selemah itu .


Fav Quotes

When my phone tells me my message has failed, itss probably to show that it was never meant to be sent. So why even retry.
I tell myself I won't continue to write about you but it gets harder and harder everyday.
A friend is the one who understand you past, believe in your future and accept you today as who you are.
When you tell me I Love You. I really hope you mean it, because i dont have time to play games with you, i have other plans in mind that i really want to do.
Don't cut the rope today that you're going to need to save yourself tomorrow.
Family is family whether it's the one that you start out with, the one that you end up with or the family you gain along the way.
Sometimes you can't see yourself clearly until you see yourself through the eyes of others