Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Friday, December 30 | 1:39 AM | 4 comments
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Nak kena tutup sana, tutup sini. Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising. Perempuan, stoking pon kena pakai. Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari, komfem tak tahan bertutup semua. Tapi perempuan cool je, tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Tiap tiap bulan, mesti ada penyakit. Nak pergi kelas pon susah, and kalau boleh masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit. Cuba tengok budak lelaki, selamber je. Kadang kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit. Tapi, perempuan hidup berpuluh puluh tahun dgn penyakit tiap tiap bulan, survive je. Tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon tak perasan yang dia sakit. Hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu SENANG.
Hati ni Allah jadikan lembut betul, cepat je sensitif. Cuba tengok orang putus cinta, Selalu perempuan yang paling susah nak lupa. Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru. Cuba pergi wayang tengok cerita sedih, siapa yg paling teruk menangis? Perempuan kan? Lelaki boleh gelak gelak lagi. Lembut tak lembut hati perempuan, Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki. Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah. Diorang cakap, Allah tak adil. Kenapa Allah lebihkan lelaki? Kenapa perempuan kena dengar cakap suami? Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah. Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan.
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan perempuan kat luar sana membebel. Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'. Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati. Kesian kan kat diorang? Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang. Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil.
Persoalannya sekarang, betul ke Allah tak adil dengan perempuan? Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami. Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa? Kalau bukan kaki ibunya. Betul, isteri kena ikut cakap suami. Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya. Tak adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya. Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri, cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu. Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki, bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu. Masha Allah, hebatnya perempuan kan? Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.
Cuba dengar pula lagu yg berkumandang dekat radio, banyak lagu pasal perempuan kan? Contohnya macam lagu SUMAIYYAH, jarang kita dengar lagu pasal lelaki. Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya. Orang akan cakap: ''Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya.'' Kita tak pernah dengar orang cakap: ''Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya.'' Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu? Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga. Tengok hadis ni :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan? Oh perempuan, sedarlah. Betapa sayangnya Allah dekat kita. Betapa cintanya Allah dekat kita. Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia. Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan. Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah. Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?
Wahai kaum Adam, hargailah wanita yg sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam, tegurlah Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia adalah dari tulang rusukmu. Lindungilah dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi :)
Assalamualaikum dan Selamat malam.
Truth .
Friday, November 25 | 11:24 PM | 2 comments
Having a broken heart is like falling off a horse.
Most people will get back on
but some walk away too afraid of the pain to take another chance.
even kau selalu buat aku nangis, aku tetap sayang kau. tapi, aku takut hati aku dah tak kuat nak hadapi kehilangan kau sekali lagi. harap kau faham.
Allah je yang tahu banyak mana sayang aku dekat kau. dan sikit kuman pun aku tak pernah benci kau, even kau yang tinggal kan aku tanpa sebab.
bila orang tanya, apa dah jadi dengan kita. aku tak tahu nak jawap apa. sebab jawapan tu ada pada kau.
dan yang paling pedih bila admirer kau tanya aku kenapa kau tinggal kan aku. aku hanya mampu tersenyum dan cakap tak tahu. dalam hati, aku menangis.
aku tau kau sayang aku, tapi hati aku dah penyek macam lempeng kau buat.
goodbye for now.
aku tak selemah itu .
Thursday, April 21 | 10:26 PM | 11 comments
selamat malam. aku baru je lepas tenguk cerita Cyrus. ni cerita pasal anak dia da besau gedabak dah. tapi pepura perangai cam bebudak lagi. puihhhh, sebab dia takot bila mak dia kawen lain, mak dia tak amek port pasai dia dah. tak paham akuuuu. nasib baik la laki yang nak kawen ngan mak dia tu sabau nau. kalau aku laaa, penggal kepala kau baru tau.
weh takyah menggelabah cap ayam boleh? aku tau belog aku tak ada apa-apa yang menarik. kau tak suka tengok, tak payah tengok. aku tak paksa pon. better kau angkat kaki cagu kau tu and blaaaahh. tau mengomplen je. ape kau dapat kutuk kutuk orang? pahala banyak dah? pergh, kan da kena semboq tetiba.
sape makan cili padi, dia yang terasa pedaih..
okay malam ni punya cerita. tadi tuh selingan aje. semalam kot, aku tetiba dapat blackmail dari seseorang.
sila baca dengan nada berhemah tinggi.
tetttttt!! amek kau yaya. hehe kan dah kena TEGUR! tehehee, mekasye joo, yaya amek teguran awak sebagai sumber untuk yaya terus semangat nak pakai tudung :)
ye memang kat pesbuk tu, aku suka share macam macam video yang boleh naik segala bulu yang kau ada bila tengok kekuasaan Allah. dan, aku jugak memang suka mengingatkan sedara seislam aku supaya jangan lupa solat, bila aku dah dengar azan.
tapi aku tak pakai tudung... kan?
mesti korang, watdehel minah ni.. cakap macam baguihhh, diri sendiri tak tengokkkk -.-'
first aku nak cakap sini, ye aku tau aku tak pakai tudung, jalan kemana dengan kepala dongga aku nih. tapi tak bermaksud aku tak pakai tudung, aku tak terniat langsung kat kepala hotak aku ni nak pakai tudung.
aku sedar, ramai je yang dok perli-perli aku sebab aku tak pakai tudung. sini aku nak habaq kat hang, walaupon aku tak pakai tudung, tapi aku suka tengok orang buat persembahan nasyid haritu. at least aku pergi jugak tengok. salah ke, aku yang tak pakai tudung ni nak pergi tengok nasyid? tu pon dari jauh je aku tengok, sebab aku sedar. aku tak pakai tudung. dan aku tau. korang maki aku masa aku lalu depan korang. tapi seriyes aku cakap, aku tak kesah. korang datang sana memang untuk mengutuk orang tu macam mane orang ni macam mane.
sini aku nak bagitaw, memang telinga aku dah kebal bila orang dok maki-maki perli-perli. tapi, kau kalau nak mengutuk pon cubalah kutuk secara pendidikan tinggi sikit. ini tak, kau buat aku nak gelak lagi adalah. aku ingat lagi, ade orang pernah kata macam ni kat aku...
"tengok tu, macam tu lah perempuan yang baik. pakai tudung je, sopan tengok. macam tu la orang islam"
aku tau. kau memang tuju ayat tu kat aku pon. sebab masa tu, aku sorang je yang tak pakai tudung. tapi aku nak tanye sikit boleh?
kenapa eh orang yang kau kata sopan baik je pakai tudung tu pegang-pegang tangan sambut valentine masa tu? ISLAM memang bagi eh sambut valentine?
sini aku nak cakap, aku tak kesah. kalau kau benci aku pasal aku tak pakai tudung. tapi kalau kau nak perli, berhemah lah sikit. ni tidak, bagi contoh yang tak sepatutnya dijadikan contoh. bukan kau tak nampak perempuan yang kau kata sopan tu pegang tangan dengan laki tu. siap bawak bunga sejambak gedabak ada tulis hepi valentine. siap main jalan jalan catwalk kat QB tu memalam buta, ape kes broo?
sini aku nak cakap, aku tak kesah. tapi kau nak perli. cermin muka kau yang tak hensem tu dulu.
memang, macam-macam aku terima tohmahan perlian makian, tapi aku diam je. sebab aku taknak sakitkan hati orang. hanya orang yang betul betul rapat dengan aku je tau mulut aku laser macam mana. tapi tak apa, kutuk lah selagi mulut korang boleh berkata-kata. aku tak kesah.
sini aku nak bagitaw, aku memang dah pasang niat nak pakai tudung selama-lamanya. no bukak-bukak. semester depan, insya-allah kalau umur aku panjang lagi, aku akan pakai tudung. aku cuma perlukan kawan yang boleh nasihat dan bimbing aku ke jalan yang diredhai Allah. bukan kawan yang hanya tahu mengomplen, mengutuk, mencaci penampilan aku sampai aku rasa, hinanya aku.
yeee, memang aku insan yang hina. AKU TAK SEMPURNA.
sini aku nak bagitahu, terima kasih dekat Norhazwani Khaidzir. sebab apa? sebab dia lah kawan yang aku rasa boleh bimbing aku. kau nak tau tak..
aku pernah cakap dengan dia macam ni
"wanii, nanti aku nak beli jeans yang koyak-koyak tu"
kau tau dia cakap apa?
"eishhh dayah ni, cubelah jangan beli yang tu. tak elok laa. mengade!"
aku pon gelak-gelak je, sebab aku main-main nak tengok respon dia macam mana. dia tak kutuk aku macam korang kutuk aku, tapi dia tegah aku dari buat mende yang tak elok. terima kasih wanie =') sini aku nak cakap, aku nak pakai tudung dengan ikhlas. aku nak berubah sebab Allah. bukan sebab kau, kau, kau dan kau yang selalu mencaci aku. aku tak selemah tu.
sekian.


